Skip navigation

Category Archives: About Islam

Amal Jama’iyy bukan sekadar suatu keperluan suasana semasa tetapi adalah tuntutan syar’ie khususnya dalam konteks gerakan dakwah dan perjuangan Islam seluruhnya sebagaimana yang diisyaratkan oleh,

Firman Allah S.W.T……. “Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh kepada yang ma’aruf dan mencegah dari yang munkar, merekalah orang-orang yang berjaya.”

Ali Imran 104

Ayat tersebut tidak hanya mengandungi perintah berdakwah (asalkan berdakwah saja) tetapi sekaligus mengandungi penekanan terhadap kaedah dakwah yang harus dilaksanakan menerusi wadah ummah yakni jamaah pendakwah. Tegasnya, kejayaan gerakan dakwah memerlukan keujudan jamaah yang memahami. menghayati dan memperjuangkan Islam menerusi amal jama’iyy yang tersusun rapi.

Status syar’ienya, amal jama’iyy diperjelaskan lagi dengan ayat,

“Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berperang di jalanNya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti bangunan yang tersusun kukuh.”

As Saff 4

Ayat ini tidak hanya sekadar menyatakan keutamaan mereka yang berperang atau berjuang (asal berperang dan berjuang saja) tetapi sekaligus menyatakan sifat dan cirinya yang berbentuk saff, front atau angkatan yang utuh dan padu. Ungkapan bunyanun marsus (bangunan yang tersusun kukuh) bukan sekadar perbandingan umum (tashbih ‘am) tetapi lebih merupakan pengambaran hakikat dan ciri asasi jamaah dengan jalinan perhubungan yang erat dan akrab di kalangan ahlinya, baik perhubungan emosi mahupun perhubungan tindakan dalam suatu skema kerja yang tersusun dan menjurus kepada matlamat yang tertentu dan terencana.

Maulana Abul A’la Al-Maududi rahimahullah dalam suatu amanatnya kepada para da’i yang bergerak dalam wadah jamaah menyatakan bahawa seorang mujahid dakwah tidak memada sekadar mempunyai keunggulan sifat-sifat fardiyyah (individual). Tetapi di samping itu dia masih perlu mempunyai sifat-sifat jama’iyyah yang baik untuk memungkinkannya menyesuaikan diri dengan peranannya sebagai suatu unit dari sebuah jentera jamaah dengan segala rangkaian sistem, skema dan rencananya. Sifat-sifat jama’iyyah yang baik seperti ta’ah (kepatuhan), ta’awun (kerjasama), tanasuh (nasihat-menasihati) dan tawasiyy (pesan-memesan dengan kebenaran dan kesabaran) akan menjamin ujudnya keseragaman, perpaduan dan keharmonian dalam seluruh gerakan jentera jamaah.

# Amal Jama’iyy – Erti dan Ciri #

Amal Jama’iyy dapat dierti dan dicirikan sebagai kegiatan-kegiatan yang lahir bersumber dari sesuatu jamaah yang teratur (berorganisasi), menepati skema tertentu dan menjurus ke arah matlamat tertentu. Kegiatan jama’iyy tidak semestinya dijalankan oleh eluruh anggota jamaah, tetapi mungkin ianya hanya dijalankan oleh seorang anggota jamaah. Dalam konteks gerakan Islam, kegiatan tersebut harus pula bersifat syar’ie dengan status minimanya mubah (harus) termasuk apa yang diharuskan oleh Islam dalam keadaan darurah atau dalam bentuk rukhsah (keringanan) sama ada keharusan tersebut di dasarkan kepada nas nyata atau kepada ijtihad.

Seluruh kegiatan jamaah harus disusun dan direncanakan serapi mungkin kerana kedua-duanya (tanzim dan takhtit) adalah merupakan suatu kemestian sebagai jalan untuk menjayakan cita-cita Islamiah yang didukung oleh jamaah. Berdasarkan kepada kaedah syara’……

“ma la yatimmu l-wajibu illa bihi fa huwa wajib.”

(Ertinya……sesuatu yang hanya dengannya terlaksana sesuatu yang wajib maka ianya turut menjadi wajib.) maka perencanaan kegiatan jamaah adalah wajib dari sudut syara’.

Kegiatan berencana dan berstrategi di samping bertawakkal bulat kepada Allah adalah merupakan jejak sunnah para Nabi a.s. sebagaimana yang diabadikan sejarahnya dalam Al-Quranul Karim. Antaranya ialah perencanaan strategi Nabi Ya’qub a.s. sepertti yang terungkap dalam Firman Allah S.W.T……..

“Dan Ya’qub berkata, “Hai anak-anakku janganlah kamu (bersama-sama) masuk dari satu pintu gerbang, tetapi masuklah dari pintu-pintu gerbang yang berlain-lainan, namun demikian, aku tiada dapat melepaskan kamu barang sedikit pun daripada (takdir) Allah, keputusan menetapkan sesuatu hanyalah hak Allah, kepadaNyalah aku bertawakkal dan hendaklah kepadaNya sahaja orang-orang yang bertawakkal berserah diri.”

“Dan ketika mereka masuk menurut yang diperintahkan ayah mereka, maka (cara yang mereka lakukan itu) tiada melepaskan mereka sedikit pun dari takdir Allah, akan tetapi itu hanya suatu keinginan pada diri Ya’qub yang telah ditetapkannya. Dan sesungguhnya dia mempunyai pengetahuan kerana Kami telah mengajarkan kepadanya. Akan tetapi, kebanyakan manusia tidak mengetahui.”

Yusuf 67-68

Al-Quran juga mencatatkan perencanaan ekonomi untuk jangka waktu lima belas tahun oleh nabi Yusuf a.s………

“Yusuf berkata, “Supaya kamu bertanam tujuh tahun (lamanya) sebagaimana biasa, maka apa yang kamu tuai hendaklah kamu biarkan dibulirnya, kecuali sedikit untuk kamu makan.

Kemudian sesudah itu akan datang tujuh tahun yang amat sulit, yang menghabiskan apa yang kamu simpan untuk menghadapinya (tahun sulit), kecuali sedikit dari (bibit gandum) yang kamu simpan.”

“Kemudian setelah itu akan datang tahun yang padanya manusia diberi hujan (dengan cukup) dan di masa itu mereka memerah anggur.”

Yusuf 47-49

Sungguhpun sumber perencanaan-perencanaan tersebut adalah ilham dari Allah dan bukan bermaksud kita untuk memudahkannya ke murtabah perencanaan akal rendah manusia, tetpi hakikat itu tidak menjejaskan deduksi (istinbat) bahawa perencanaan masa depan adalah suatu yang masyru’.

Sirah perjuangan Rasulullah S.A.W.(segala tahap yang dilalui dan segala langkah yang diambil) tidak dilakukan dengan mendadak, rambang dan sewenang-wenang. Tetapi semuanya diputus dan direncanakan dengan teliti dan rapi. sebagai contoh ialah langkah penghijrahan ke Habasyah (tidak ke negeri lain yang berdekatan, tidak ke mana-mana bumi Arab, tidak semua pengikutnya diperintahkan berhijrah dan Junjungan sendiri tidak ikut serta. Demikian pula dengan penghijrahannya ke madinah) dilakukan secara beransur-ansur, bersembunyai dahulu di Gua Thur selama tiga hari, dibuatnya penentuan peranan (Abu Bakar as-Siddiq r.a. sebagai teman pengiring, Abdullah ibn Urayqat sebagai pemandu jalan yang tidak biasa dilalui oleh Quraysh), Asma binti Abu bakar sebagai pembekal makanan, Abdullah ibn Abi Bakr sebagai pelopor berita dan Amir ibn Fuhayrah sebagai penggembala kambing di sisi gua. Pengamatan yang teliti terhadap segala fakta-fakta ini akan menyerlah hakikat adanya perhitungan yang matang dan perencanaan yang rapi.

Keharusan tanzim dari sudut syara’ diperjelas lagi sebuah Hadis Rasulullah S.A.W. yang memerintahkan pengangkatan seorang ketua dalam perjalanan yang disertai oleh tiga orang. Jika suatu perjalanan yang sedemikian dekat dengan penyertaan dengan penyertaan yang sedemikian kecil memerlukan perlantikan seorang ketua, maka apa lagi sebuah jamaah harakiah yang tentunya lebih kompleks dengan keahlian yang sedemikian besar dan matlamat jangka panjang yang sedemikian jauh menuju ke arah perubahan cara hidup secara total.

Jelas kiranya bahawa soal qiyadah, imarah atau pimpinan dengan segala hak dan kewajipannya (yang dalam hal ini merupakan ciri asasi tanzim) adalah suatu yang masyru’. Bagaimanapun, pimpinan yang bersifat demikian harus pula memenuhi beberapa persyaratan yang antaranya termasuklah pemilihan yang bebas dan bay’ah yang sihat (bersih dari sebarang bentuk tekanan dan tipu helah).

Pimpinan dalam jamaah Islamiah pada dasar pokoknya harus berbentuk “fardiyy” (perseorangan) kerana memang bentuk inilah yang diisyaratkan oleh lafaz lahir nas-nas yang berkenaan dan demikian juga contoh-contoh precedent dalam sejarah Islam. Di samping itu bentuk pimpinan perseorangan dirasakan lebih berkesan khususnya dari segi kecepatan bertindak dan kecekapan pengurusan. Bagaimanapun dalam keadaan-keadaan tertentu dan untuk maslahah-maslahah tertentu pimpinan kolektif (qiyadah jama’iyyah) adalah diharuskan umpamanya untuk mengelakkan kemungkinan berlakunya perpecahan, kerana ketiadaan calun yang cukup berkelayakan atau lain-lain.

Pimpinan yang bersifat syariyy juga harus mengamalkan dasar Syura, kerana menurut pendapat yang lebih kuat (ar-ra’yu ‘r-rajih) di kalangan Ulama’ hukum pengamalan syura adalah wajib. Ini di dasarkan kepada alasan bahawa salah satu nas yang berhubung dengan syura meletakkannya di samping dua rukun Islam yang penting iaitu solah dan zakah sehingga membawa implikasi bahawa syura adalah salah satu sifat atau syarat asasi seorang Muslim Mu’min. Sementara itu satu lagi nas tentang hal ini adalah berbentuk perintah (bi sighati’l amr). Sekalipun tidak ada kesepakatan Ulama’ sama ada pimpinan wajib patuh atau tidak kepada keputusan syura tetapi setidak-tidaknya kewajipan mengamalkan syura itu sendiri membawa kesan minima bahawa pendapat ramai harus diminta dan diambil kira.

Sehubungan dengan ini berbai’ah persetiaan untuk taat dan mendukung segala tanggungjawab adalah juga suatu tuntutan syara’. Bai’ah adalah suatu Sunnah Nabawiyyah yang tercatat dalam sirahnya seperti Bai’atul Aqabah (pertama dan kedua) dan Bai’atur Ridwan. Antara nas yang berhubungan dengan hal ini ialah Hadis Rasulullah S.A.W……..

“Dari Ubadah ibni Samit r.a., katanya….”Pernah kami mengikat janji setia (bai’ah) terhadap Nabi S.A.W. supaya kami patuh dan taat kepada perintah dalam waktu susah dan senang, dalam waktu rajin dan malas. Kami berjanji akan tetap setia sekalipun sampai pilihan orang lain jatuh di atas diri kami dan kami berjanji tidak akan mengambil (merebut) kekuasaan dari ahlinya. Dan kami berjanji mengatakan yang haq di mana saja kami berada. Kerana Allah kami tidak takut akan celaan orang yang mencela.”

Bukhari dan Muslim

Sementara itu dalam konteks sejarah gerakan Islam mutakhir, al-Imam asy-Syahid Hasan al-Banna telah mengemukakan rumusan sepuluh rukun Bai’ah untuk diamalkan dalam Jama’atul Ikhwanil Muslimin iaitu kefahaman, keikhlasan, amal, jihad, pengorbanan, ketaatan, ketahanan, kebulatan, persaudaraan dan kepercayaan.

Kewajipan melantik pimpinan dengan sendirinya membawa pula kepada kewajipan mentaatinya kerana perlantikan pimpinan dalam konteks jamaah Islamiah bukan sekadar soal teknikal tetapi suatu prinsip syar’ie yang harus dipenuhi segala tuntutannya. Ketiadaan taat akan mendedahkan jamaah kepada ribut fitnah dan bencana maksiat. Oleh kerana perlantikan pimpinan itu sendiri suatu yang wajib syar’ie maka mentaatinya juga adalah wajib syar’ie sebagaimana yang ditegaskan oleh Firman Allah S.W.T……..

“Hai orang-orang yang berIman, taatilah Allah dan taatilah RasulNya dan orang-orang yang memegang kekuasaan di antara kamu…….”

An Nisa’ 59

Sementara itu Rasulullah S.A.W. pula bersabda…….

“Dari Abu Hurairah r.a. dari Nabi S.A.W. sabdanya, “Barangsiapa yang mentaati aku maka sesungguhnya ia telah mentaati Allah. Dan barangsiapa yang mengingkari aku, maka sesungguhnya ia telah mengingkari Allah. Dan barangsiapa yang mentaati amirku, sesungguhnya ia telah mentaati aku. Dan barangsiapa yang mengingkari amirku, maka sesungguhnya ia telah mengingkari aku.”

Bukhari dan Muslim

Ketaatan dalam konteks ini harus timbul dari kerelaan setulus ikhlas hati dan bersih dari sebarang bentuk tekanan luar. Ianya dilakukan dalam rangka kepatuhan dan pengabdiannya kepada Allah yang kerananya ia diganjari pahala. Kepatuhan kepada pemimpin tidak seharusnya dirasakan sebagai penjejasan maruah dan harga diri. Motif segala perlakuan adalah seutuhnya kerana Allah dan Allah tidak menilai sesuatu amal perbuatan berdasarkan tinggi rendah jawatan yang disandang tetapi berdasarkan ketulusan niat masing-masing. Mungkin Allah menerima amal bakti dari barisan belakang tetapi tidak menerima dari barisan hadapan dan mungkin pula sebaliknya. Dengan pengertian ini sikap tidak taat hanya mungkin timbul dari barah ananiyah, ego dan angkuh yang masih menguasai diri.

Kegiatan-kegiatan amal jama’iyy harus berpandukan minhaj yakni skema tertentu yang merangkumi kaedah, cara dan pemeringkatan kerja. Cara bekerja (uslubul ‘amal) dalam konteks jamaah Islamiah harus di dasarkan kepada prinsip-prinsip tertentu termasuk :-

a. Keselarasannya dengan kehendak syara’ atau sekurang-kurangnya    tidak bertentangan dengan syara’. Pencapaian matlamat yang murni    harus melalui jalan yang juga murni. Atas prinsip ini Islam tidak    dapat menerima dasar  “al-ghaiyah tubarrirul wasilah” (tujuan    menghalalkan cara.

b. Kesesuaiannya dengan kemampuan jamaah dan suasana persekitaran.

c. Sifat elastis – kesediaan untuk mengalami jangkamasa panjang jika    keadaan memerlukannya.

d. Dasar beransur-ansur dalam perlaksanaan.

e. Realistik – mengambil kira segala fakta dan kenyataan.

Ciri amal jama’iyy seterusnya ialah penjurusan ke arah matlamat tertentu yang dalam konteks ini ialah perlaksanaan cita-cita Islamiah iaitu penterapannya sebagai tata hidup yang sempurna menggenapi segala bidang kehidupan atau dengan ungkapan lain seperti yang dirumuskan oleh Rub’iyy ibn Amir dalam operasi ketenteraannya……..

Sesungguhnya Allah telah mengutus kami untuk membebaskan sesiapa yang dikehendakiNya dari pengabdian kepada manusia kepada pengabdian hanya kepada Allah, dari kesempitan dunia kepada keluasan dunia dan kelapangan akhirat dan dari kezaliman agama/ideologi (songsang) kepada keadilan Islam.”

Amal jama’iyy sebagai program gembelingan tenaga ke arah menjayakan cita-cita Islamiah memerlukan dokongan para kader dan sokongan ummat. Oleh itu gerakan Islam harus dapat mengimbangi di antara pembinaan barisan kader “as-Safwatul Mukhtarah” yang merupakan tenaga teras dalam jamaah dengan usaha meratakan kesedaran Islam “al-Wa’yul Islami” di seluruh lapisan masyarakat. Dalam hal ini kita tidak punya pilihan untuk mengambil yang satu dengan meninggalkan yang lain.

Kedua-duanya harus digarap sekaligus. Barisan as-Safwatul Mukhtarah perlu dibina kerana hanya dari mereka sahajalah kita dapat mengharapkan kesetiaan dan kesanggupan yang seutuhnya dalam menghadapi segala ranjau risiko dan cubaan perjuangan. Sejarah peperangan Hunain yang tercatat dalam sirah Rasulullah S.A.W. adalah merupakan peristiwa precedent yang harus diambil i’tibar bahawa golongan teras inilah yang membawa survival gerakan Islam dan bukan golongan awam yang berkuantiti puluhan ribu tetapi berkualiti serapuh buih “ka guta’is sail”.

Bagaimanapun hakikat tersebut tidak pula bererti bahawa golongan massa tidak perlu diberi perhatian. Gerakan Islam juga harus bersifat “jamahiriyyah” bertapak dan berakar ditengah-tengah masyarat kerana masyaratlah yang merupakan gelanggang dakwah dan medan amal jama’iyy. Gerakan Islam bukan kelompok kecil, terpencil dan terasing di menara gading asyik sendiri dengan istilah-istilah bombastic, sedang masyarakat keliling tidak menyertai, tidak bersimpati, malah mungkin tidak menyedari keujudannya.

Firman Allah Ta’ala…….

“Dan katakanlah, “Ya Tuhanku, masukkanlah aku secara yang benar dan keluarkanlah aku secara yang benar dan kurniakanlah aku dari sisiMu kekuasaan yang menolong.”

Al Isra’ 80

Wallah hu ta’ala a’lam…….

Abdul Jamil Lam Al-Qadiri

So many privileges in the holy book of Al-Qur’an. In addition to the notes of past and future al-Qur’an also save keajaib another miracle.
One notes a study done by the scholars of Islam from a Ikhwanul Muslims, Dr. Tariq Al-Suwaidan, found that there are some “miracle” in the statistics in the Al-Karim Quranul. “Miracle” that is related to the balance between words and numbers.
For example like this, “world” is of the “Hereafter.” Well apparently, in the number of al-Qur’an the word “world” and “Hereafter” is exactly the same, namely 115.
Other examples see below:
* Al-Angel (Angel) 88 words, al-Syayateen (Satan) is also 88 words.
* Al-Hayat (life) 145 words, al-death (mortality) is also 145 words.
* Al-Rajul (male) 24 words, al-Mar’ah (female) is also 24 words.
* Al-Shahru (months) 12 words, with the same number of days in a year.
* Al-Yauum (days) 365 words, with the same number of days in a year.
* Al-Bahar (sea) 32 words, while al-Barr (the land) is 13.

If the combined number of words that contain meaning “sea” and “mainland”, the number is 45 (32 + 13) And if the calculation is made approximately like:
* Ocean: 32/45 X 100% = 71.11111111%
* Mainland: 13/45 X 100% = 28.88888888%.
That means, of the entire earth, which shaped the land only 28.88888888%, the rest in the form of the oceans.

Subhanallah..

———————————————————————————————

In Indonesian Language

Begitu banyak keistimewaan yang terkandung dalam kitab suci Al-Qur’an. Selain mengandung catatan kebenaran masa lalu dan yang akan datang Al-Qur’an juga menyimpan keajaib keajaiban lain.
Satu catatan kajian yang dilakukan oleh seorang cendekiawan Islam dari Ikhwanul Muslimin, Dr. Tariq Al-Suwaidan, didapati bahwa terdapat beberapa “keajaiban” statistik di dalam Al-Quranul Karim. “Keajaiban” itu adalah terkait dengan keseimbangan antara perkataan dan bilangan.
Contohnya begini, “dunia” kebalikannya adalah “akhirat”. Nah ternyata, di dalam al-Qur’an jumlah kata “dunia” dan “akhirat” itu sama persis, yakni 115.
Contoh lain simak di bawah ini :
* Al-Malaikat (malaikat) 88 kata, al-Syayateen (setan) juga 88 kata.
* Al-Hayat (kehidupan) 145 kata, al-Maut (kematian) juga 145 kata.
* Al-Rajul (lelaki) 24 kata, al-Mar’ah (perempuan) juga 24 kata.
* Al-Shahru (bulan) 12 kata, sama dengan jumlah bulan dalam satu tahun.
* Al-Yauum (hari) 365 kata, sama dengan jumlah hari dalam satu tahun.
* al-Bahar (lautan) 32 kata, sedangkan al-Barr (daratan) ada 13.

Jika digabungkan jumlah perkataan yang mengandung maksud “lautan” dan “daratan”, jumlahnya adalah 45 (32 + 13) Dan jika dibuat perhitungan kira-kira begini :
* Lautan:32/45 X 100% = 71.11111111%
* Daratan: 13/45 X 100%= 28.88888888%.
Itu artinya, dari keseluruhan bumi, yang berbentuk daratan cuma 28.88888888%, sisanya berupa lautan.

Subhanallah….

After a long and hectic day at work, how difficult it is for a tired person to stand on the prayer-mat and concentrate on his prayers to Allah Almighty. Snuggled in a warm and cozy bed, how difficult it is to get up at the call of Mu’adhdhin: “Come to prayer, come to success.” The famous doctor and philosopher Ibn Sina (Avicenna), recalls such a moment in his life. Once cold and icy night, he and his slave were resting in an inn in a remote part of Khurasan. During the night he felt thirsty and shouted out to his slave to get him some water. The salve had no desire to leave his warm bed, so he pretended not to hear Avicenna’s call. But finally after repeated calls he reluctantly got up and went to fetch the water. A little while later, the melodious sound of the Adhan filled the air. Avicenna began to think about the person calling the believers to prayer. My slave Abdullah, he mused, has always respected and admired me. He seizes any opportunity to lavish praise and affection on me but tonight, he preferred his own comfort to my needs. On the other hand, look at this Persian slave of Allah. He left his warm bed to go out in the chilly night, he made ablution in the icy water of the stream, and then he ascended the high minaret of the mosque to glorify He Whom he truly serves.

“I bear witness that there is none to be worshipped except Allah.” “I bear witness that Muhammad is the Messenger of Allah.”

Tonight, Avicenna records, I learned the essence of true love; that love which results in complete obedience. The love of Allah demands total and unconditional obedience.

Allah almighty says:

“Say (O Muhammad (pbuh) to mankind): ‘If you (really) love Allah then follow me (i.e. accept Islamic monotheism, follow the Quran and the Sunnah), Allah will love you and forgive you your sins.’ And Allah is Oft-Forgiving, Most Merciful.” (3:31)

——————————————————————-

Translate In Indonesian

Mengapa Manusia Perlu Sholat?

Setelah seharian yang panjang dan sibuk dalam bekerja, seberapa sulit bagi seseorang yang sudah lelah bahkan untuk berdiri di atas sajadah sholat dan berkonsentrasi pada sholatnya untuk Allah S.W.T? Berselimut dalam tempat tidur yang hangat dan nyaman, seberapa sulit untuk bangun ketika mendengar panggilan mu’azin: “Marilah sholat, mari mencapai kesuksesan.” Dokter dan filsuf ternama Ibnu Sina (Avicenna) mengingat kembali akan satu moment di dalam hidupnya. Di satu malam yang dingin dan dan sedingin es, dia dan budaknya sedang beristirahat di suatu penginapan di bagian wilayah Khurasan. Pada malam tersebut dia merasa kehausan dan berteriak kepada budaknya untuk mengambilkan dia air. Budaknya tidak memiliki semangat untuk beranjak dari tempat tidurnya yang hangat, sehingga dia berpura-pura tidak mendengar panggilan Ibnu Sina. Tetapi, akhirnya, setelah mendengar panggilan lagi, dia bergegas berdiri dan mengambilkan air. Selang beberapa saat kemudian, suara melodi azan terdengar di udara. Ibnu Sina mulai berpikir akan orang ini, yang memanggil orang-orang beriman untuk sholat. Budak saya Abdullah dia terinspirasi, selalu menghormati, dan mengagumiku. Dia mengambil beberapa kesempatan untuk memuji dan mengasihiku, tetapi malam ini, dia lebih memilih kenyamanan dirinya sendiri dibandingkan memenuhi kebutuhanku. Di lain pihak, lihat budak Persia Allah ini. Dia meninggalkan kehangatan tempat tidurnya untuk pergi di tengah malam yang sangat dingin. Dia berwudhu dengan air yang sedingin es, dan dia naik ke tempat tertinggi di mesjid untuk mengagungkan Allah kepada siapa dia melayani.
“Aku bersaksi tiada yang patut disembah kecuali Allah. Aku bersaksi bahwa Muhammad adalah utusan Allah.”

Malam ini, Ibnu Sina mencatat, aku mempelajari esensi dari cinta sejati; yaitu cinta yang menghasilkan kepatuhan yang lengkap. Cinta kepada Allah harus total dan kepatuhan tanpa syarat.

Allah S.W.T. berfirman:
“Katakanlah (wahai Muhammad S.A.W. kepada manusia): “Jika kamu (sungguh) mencintai Allah maka ikutilah aku (yaitu: menerima Islam agama Tunggal, mengikuti Al-Qur’an dan Sunnah), niscaya Allah akan mencintaimu dan mengampuni dosa-dosamu. Allah Maha Pengampun, Maha Penyayang.”
(QS. 3:31)

The Prophet (SAW) said: “In a human (body) there are 360 joints and man must perform an act of charity for each one.” The people said: “Who can do that, O Messenger of Allah?” He responded: “One may cover the mucus that one finds in the mosque or remove something harmful from the road. If one cannot do that, he can pray two rak’ahs of Dhuha and that will be sufficient for him.”

The above hadith points to the greatness, excellence and importance of the Dhuha prayer, tressing its legality as two rak’ahs of it are, in a way, equivalent to three hundred and sixty acts of charity. Something like this should be performed regularly and persistently.
Abu Hurairah said: “My friend (Muhammad) advised me to do three things: fast three days of every month, pray the Dhuha prayer, and pray the witr prayer before I sleep.” (Bukhari and Muslim)

Dhuha is a prized prayer and whoever wishes to earn a reward should pray it, while there is no blame upon the one who does not do so. Abu Sa’id reported: “The Prophet (SAW) would pray Dhuha until we thought he would never abandon it. And he would abandon it to the point that we thought he would no longer perform it.” (Tirmidhi)

The time of Dhuha begins when the sun is about a spear’s length above the horizon and it continues until the sun reaches its meridian. It is preferred to delay it until the sun has risen high and the day has become hot. Zaid ibn Arqam related: “The Messenger of Allah (SAW) went to the people of Quba, and they were performing Dhuha, and he said: The prayer of devotion should be observed when the young weaned camels feel the heat of the sun.” (Ahmad, Muslim and Tirmidhi).

The minimum number of rak’ahs to be prayed is two. The most that the Prophet (SAW) performed was eight rak’ahs. Umm Hani narrated that the Prophet (SAW) prayed eight rak’ahs of Dhuha and made the taslim after every two rak’ahs. (Abu Dawud)

After the completion of the prayer, one is recommended to recite the following du’a:

“Allahumma inna dhuha-a-dhuhauka, wal baha-a-bahauka, waljamala jamaluka, walquwwata quwwatuka, walqudrata qudratuka, wal ismata ismatuka. Allahumma inkana rizqi fissamai fa anzilhu, wainkana fil ardhi fa akhrijhu, wainkana mu’assaron fayassirhu, wainkana haraman fatahhirhu, wainkana ba’idan faqarribhu, bihaqqi dhuhaika wabahaika wajamalika waquwwatika waqudratika atini ma ataita ‘ibadakassalihin.”

May Allah (SWT) give us strength to perform the Dhuha prayer.

———————————————————————

Translate In Indonesian

Keistimewaan sholat Dhuha

Nabi SAW bersabda: “dalam tubuh manusia terdapat 360 ruas tulang dan manusia harus melakukan amal terhadap satu sama lainnya”. Mereka bertanya: ”Siapa yang bisa melakukannya, wahai Rasulullah…??” Nabi SAW menanggapi: “Seseorang dapat menutupinya dengan getah yang seseorang lainnya temukan di Mesjid atau memindahkan sesuatu yang berbahaya dari jalanan. Jika seseorang tidak bisa melakukannya, dia dapat melakukan sholat 2 raka’at pada waktu Dhuha dan itu sudah cukup baginya”.

Keagungan dari poin hadits diatas, keistimewaan dan keutamaan dari sholat Dhuha, dikatakan sah jika dilakukan sebanyak 2 raka’at, dimana, sesuai dengan 360 amalan. Sesuatu seperti ini seharusnya dilakukan dengan secara teratur dan gigih. Abu Hurairah berkata: “Sahabatku (Muhammad) menyarankan kepadaku untuk melakukan 3 perkara: berpuasa 3 hari setiap bulan, mendirikan sholat dhuha, dan sholat witir sebelum tidur” (Bukhari dan Muslim)

Dhuha adalah sholat untuk meminta rezeki dan siapapun yang berharap untuk mendapatkan sesuatu harus mekaksanakan sholat ini, ketika seseorang tidak benar2 melakukan kesalahannya itu. Abu Sai’id melaporkan: “Nabi (SAW) melakukan sholat Dhuha hingga kita berfikir jika Baginda Rasul tidak pernah meninggalkan sholat tsb. Dan Baginda Rasul akan meninggalkan sholat Dhuha sehingga kita menyangka bahwa Beliau sudah tidak melakukan sholat tersebut”. (Tirmidzi)

Waktu sholat Dhuha dimulai ketika bayangan matahari sepanjang galah diatas kaki langit dan terus berlanjut hingga ke garis bujur (meridian). Lebih baik lagi ditunda hingga matahari tinggi dan hari semakin panas. Zaid ibn Arqam menambahkan: “Rasulullah (SAW) mendatangi orang2 Quba, dan mereka melakukan sholat Dhuha, dan Beliau berkata: “Sholat nya mereka yang berserah diri seharusnya memperhatikan ketika anak muda menyapih unta merasakan teriknya matahari”. (Ahmad, Muslim dan Tirmidhi)

Jumlah minimal raka’at sholat Dhuha adalah 2 raka’at. Yang paling sering dilakukan oleh Baginda Rasul (SAW) adalah 8 raka’at. Umm Hani menceritakan bahwa Baginda Rasul (SAW) melaksanakan 8 raka’at sholat Dhuha dan membuat taslim setiap setelah 2 rokaat.

Setelah menyempurnakan sholat, disarankan untuk membaca do’a:

“Allahumma inna dhuha-a-dhuhauka, wal baha-a-bahauka, waljamala jamaluka, walquwwata quwwatuka, walqudratuka, wal ismata ismatuka. Allahumma inkana rizqi fissamai fa anzilhu, wainka fil ardhi fa akhrijhu, wainkana mu’assaron fayassirhu, wainkana haraman fatahhirhu, wainkana ba’idan faqarribu, bihaqqi dhuhaika wabahaika wajamalika waquwwatika waqudratika atini ma ataita ‘ibadikassalihin”

Semoga Allah SWT memberikan kekuatan kepada kita untuk melakukan sholat Dhuha.
Follow

Get every new post delivered to your Inbox.